Thursday, 20 June 2013

Penat :'(

Lol,


Hi, Assalamualaikum.
Harini memang penat sangat sebab aku bertugas jadi helpers kat sekolah, yelah harini 20/6/13 ada pertandingan kawad kaki daerah kat sekolah. Yeahh, so ada visitor lah kan?!! jadi aku sebagai helpers adalah tugas yang dia berikan.. alah padahal bukan cikgu yang kasi job apa aku kena buat, diorang tuh yang main tulis je kerja bagi aku. Tahu tak aku kena buat apa?!! yeah, angkat skitles bila skuad ketua platun dah sebut mara menghadap... bayangkan dengan panasnya aku ulang alik benda yang sama, lepastuh bila nak mintak tolong buat muka, tau pikir perut kau  je, nasib Aliya ada tolong tadi. Alhamdullilah ringan beban aku. Untuk kali kedua dalam sejarah aku tak masuk kelas PNP. bukan apa, kan aku dah bertugas, tapi rasa macam menyesal pulak tak masuk kelas, kalau nak tahu muka aku ni bukannya boleh expose kat matahari sangat nanti terus tanned. Pastu, ambik masa yang lama untuk cerah balik. Seriously muka aku berbelang teruk sangat tau, Okay aku janji lepas ni aku takkan joint aktiviti luar sangat, cukuplah aku buat untuk tahun ni, enough it's enough. :) Haha, okay that's all for today entry blog aku. See you soon dear reader. :) Okay bye. XOXO :) !



Wednesday, 19 June 2013

Video "Antartika Lestari" Polariss.-2013-

Hi, Assalamualaikum. 

Alala, we are so cute in this picture, Gonna miss this moment. :)



 

Tuesday, 18 June 2013

Feelings today. (18 June 2013)


Hi, Assalamualaikum.
Okay harini ramai cikgu tak masuk kelas kitorang, cikgu EA pun masuk kejap je, itupun just nak monitor kitorang kelas 4Akaun ni exam agama, halah, malasnya kau tahu, bukan apa masalahnya perlu ke?!!! Aku dah tak ada feel nak baca buku dengan nak menghafal ni punya, kelesanya aku ni, haha. Tapi tadi time jawab okay pulak, laju je tangan menulis jawapan maknanya tuhan tuh kasi hidayah haha. Pastu aku pun tadi time rehat makan apa je, kenyang ahh, Lepastuh terserempak pulak dengan balqis, terus dia ajak “ jom teman aku bagi risalah ni untuk setiap kelas,”  kebetulan lepas rehat time PA cikgu Pazir tak masuk, hiphip hooree, haha. So aku pun mengiakan je nak ikut si Balqis ni, serious penat weh mana taknya kalau dua tiga kelas takpelah jugak tapi ni semua  kelas. Penat, lenguh, nak pengsan apa lagi? Sila tambah di ruangan comment ye?!! Okay pastu tadi aku stay petang lelele, so rajin Kak Aimiy kita ni kan?!! Bukan apa dah dapat access nak masuk bilik k-school so kitorang pun senang hatilah nak guna untuk cari  bahan untuk contest video making peringkat antarabangsa tuh, aku bukan kesah  pun video kitorang menarik atau tidak, sekadar berharap video tuh kitorang dapat buat sebaik mungkin dan siap pada masa yang ditetapkan, itu dah cukup, sijil tuh yang aku nak ni, tu paling delicious among them. Haha, time stay tadi ingatkan kitorang dah masuk kat bilik k-school tuh bolehlah guna. Sekali computer tuh tak boleh nak access wi-fi, bengang  je aku apalah. Kira macam stay tapi tak guna je, last-last aku buat kerja sekolah akaun untuk hilangkan rasa bosan  dah habis kerja akaun aku pergi tawaf satu bangunan sekolah, ehh, ehh jumpa Ariff tawaf  jugak terus aku kejar dia pastu senyap-senyap jalan kat belakang dia then bah… haha. Kitorang pun berboraklah macam-macam kitorang cerita, cerita pasal superstition. Ala, hantu2 tuh. Opss, celupar mulut.  Lepastuh dah pukul 5:15 aku pun balik, alah dah tuh nak suruh buat apa kat sekolah, menyemak je.. erm.. tadi jumpa dia.. haha. Kay dah habis entry blog aku untuk  harini haha. P:S Khamis ni jadi helpers untuk kawad kaki daerah.  Okay byee XOXO :D. 

Dia keluar macam ni kat komputer dalam bilik k-school. 

Monday, 17 June 2013

Harini di sekolah.

SMK SERI KUNDANG. 

Hi, Assalamualaikum.
Harini di sekolah, haha okay lawak gila, happening sesangat and banyak cerita, info, gossip aku dengar. Well, teenagers life kan. Hehe, harini sekolah kitorang adakan aktiviti sukantara, aktiviti memang wajib ada setiap tahun, motifnya nak kumpul mata bagi setiap rumah sukan, acara yang ada lari pecut 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru, haha. setiap yang jadi atau kira lulus dapat 3 markah. yang gagal atau batal dapat 1 markah, kira macam kau lari bagai siput pun, kau akan dapat 1 markah wehh, haha. Best ahh. :) Mula macam malas je nak joint sukantara ni, serious envy dengan pengawas koko, dorang tak buat pun sukantara dengan kitorang. haha, ini tidak adil. Takpe..Tapi tadi time nak lari kan, Muiz, Azri, Afiq, and yang lain tengok. Ya Allah malu weh, sumpah aku malu, haha, kalau aku Usain Bolt kau nak tengok takpelah, ini... haha. Lol. Pastu harini aku decide nak stay kat sekolah, motif?!!! aku tak berapa nak pasti.. tapi rasanya aku  nak buat rangka karangan yang Pn. Mahani suruh. Haha, rajinnya aku ni.. lepastu tadi, ehem. Haziq share cerita dengan aku, okay gila lah, aku harap kau berjaya dapat kan.. ehem. Ehh, paham-paham jelah. Dah meleret aku stay tetiba terserempak dengan Mizie kat kelas time buat kerja, terus mood hilang, last-last aku pun malas nak buat kerja. Haha, aku memang maklum harini budak BSMM ada latihan last kawad kaki dorang, esok dorang akan bertanding kat sekolah taman melawati. Wuu~~ Fighting!! Serious talk i have a great time chatting with this senior, Mizie, Ucopp, Shukur, and etc.. sorry aku tak tau nama selebihnya tapi aku kenal kau orang. Haha, gelak macam hantu. Time Milah naik baran dia tadi, Gila kau, dia marah skuad BSMM dia, pastu aku macam ajuk sikit dia cakap, Mizie pulak buat muka time tuh, terus aku terkekeh kekeh ketawa. Non-stop. haha, Lawak sangat. fyi, aku memang tak pernah bertegur dengan Shukur budak 5sc ni, tadi duduk dengan dia rasa dia ni lawak jugak, kadang-kadang suka mengusik orang. Hempuk kang. haha, and Mizie?!! asal aku pandai buat muka pulak? aku rasa biasa je expressi muka aku tadi.. hehe, well sebenarnya agak lawak lah.. tadi berapa kali aku ter- erk..erk. haha, Pastu Didie, asal kau gelak macam tuh doh, haha tak berhenti-henti pastu jumpa je kau aku nak buat mata juling, habit mungkin? haha lantaklah. Anyway, i've a good time today with your guys. P:S we should do this everytime we have a time. Okay bye. XOXO :D  

Lari 100 meter


Lompat Jauh.


Lontar Peluru.

BSMM Perempuan.




Sunday, 16 June 2013

:: Cala Qisya ::

janji...
style.
yummy
I want this shawl for my hari raya wear's

Fisrt, lawa dia punya shawl. Sec, aku nak beli!!!

Ibu, farah nak beli ni...

Tak cukup jubah yang haritu, maxi dress ni.. cantik jugak kan?!!
wuuu...

so that's it. :) 

Sunday Sundae Sunny day

Aucakk!!!!


Hi, Assalamualaikum,
Okay harini, sebenarnya sangat bosan yang teramat tapi just fine. Nasib lah ada twitter, mostly harini aku tweet dengan balqis, and tweet je memanjang. haha, peduli?!!! pastu aku da lah tweet dengan muiz, hehe. sweet pulak gaduh dengan jiyaaaa. Kemain, sebenarnya malas nak datang esok sebab ada sukantara. Tapi aku dah janji dengan si Azri harituh untuk datang pasal dia kata dia nak pangkor menang eceh, harapan lah weh Azri. lagi satu pasal nak kasi novel MURTAD kat dia, korang tahu tak novel terbitan Fixi ni best gila. So tadi tetiba balqis hantar IM kat aku, kasi info yang mengatakan yang esok lepas rehat baru sukantara. Okay. lepas dah chat tuh meleret pulak cerita kitorang.. Wootswoots balqis dah getback. haha. Okay tahniah. heheh. Okay that's all for today aku pun  tak tahu nak update apa sebenarnya. :) P:S esok akan jadi hari yang memenatkan. Okay bye. XOXO :D



Wee~~~

awkward silent









Saturday, 15 June 2013

Polariss. A moment to remember. :)

Hi, Assalamualaikum.
Haha, so here, tadi nampak Afiza Upload gambar kitorang haritu. So aku ingat nak letak kat blog as a post. Tadaa. :) "Farah Aimi, Farah Huda, Afiza Zuki, Hakimi Yahya"



muncul di Timeline saya,



dari kiri Chepah, Fiza with her peace sign and Kimi yang bajet!!!



See our nametag, FARAH!! adik Zarif. XD


Kimi ni sibuk, haha


eh, nampak sama macam atas tapi lain.


We are alive in front of the camera!!


Bajet gaya boss je Kimi. haha


Farah Aimi, Afiza Zuki, Farah Huda, Hakimi Yahya


Ahahah, katakanlah Kimi. Kau bosan kan?!!!


Free style.


Alalala, we're so cute lah.


Dah lah Kimi, aku lagi comel!!! Fullstop.


Grrr.... 


Hai saya Hakimi, I love all my haters. :) 

Okay itu je, Byee. XOXO :D