Monday 20 April 2015

Jengka.

Cik Katak Puru. (lol)






Assalamualaikum, disebabkan harini rajin jadi kita post lah satu entry, gambar katak sengal di atas ialah hasil dari carian di Tumblr " funny gif " lol, biasa lah kadang tertengok tumblr punya post boleh tergelak jatuh kerusi. Serious aku pernah kau tahu, Alhamdulillah harini balik awal dari part time work, sebab memang takda student sangat pun berapa kerat je jadi lepas je balik, aku dah berkira-kira nak kemas bilik and layan malay horror movie yang Cik Aliya kita duk suggest kat twitter, before that aku tengok dulu trailer dia, takut tak sesuai dengan selera, jadi bila puas aku suka lah.


Okay cerita horror tersebut bertajuk Jengka, Dengar Jengka ingat Felda kannn ? kannn ? cerita ni diselit jugak dengan rakaman video asal satu keluarga ni yang ditimpa tragedi dahsyat dalam satu malam sahaja, sumpah aku cakap cerita ni seram, selalunya memang aku tak layan kalau movie yang ada unsur "rakaman semula ni" sebab basically dia macam over doing punya scene, dan tak real but this movie, pls, you guys need to give it a try. Aku suka sebab dari start lagi aku dah paham cerita dia, jalan cerita yang ringkas tapi padat cukup buat kau tak menyampah walaupun memang bergelap je memanjang cerita ni. Nak, nak ni based on true story jadi aku pun tangkap layan lah. Suka benda mistik ni, hahaha, untuk movie ni aku bagi 7/10, aku masih mengidam ending bagi keseluruhan kesimpulan sebab aku nak tahu "ustaz tu cakap penuggu baik yang bagi bayi tersebut kat dorang, lepas tu dia suruh bawak bayi tu jejauh untuk elakkan dari penunggu jahat datang ambil semula" palotaknya creepy kau tahu. Ending bagi si Basir ni cukup excellent dah macam cerita dalam novel Buku Fixi, akhirnya si keparat Basir tu mati dengan tragis sekali, mula-mula aku ingat si Nini ni mati, rupanya hidup lagi. Hah, so korang tengok lah, tak rugi pun. :) Okay bye, see you soon in the next entry. 








No comments:

Post a Comment