Friday, 24 April 2015

Aku ada interview.

Assalamualaikum, Hai korang,





Wah, rajin jugak aku update blog sejak akhir-akhir ni, padahal akulah manusia paling malas nak type. tak caya tanya classmate aku, aku tahu reply (.) titik je bila whatsapp. (padahal malas nak join borak) hehe, Bila dah nak habis bulan april ni bermakna, aku nak sambung masuk study pulak, aku akan tinggalkan kawan-kawan aku yang aku kenal secara lansung atau tak lansung.Okay, aku akan rindu korang. Masa 21 April haritu aku ada check, sama ada aku ni dapat atau tak pergi temuduga IPGM.(institut perguruan guru malaysia), Alhamdulillah aku dapat. Ayah aku suka gila kot, yelah ipgm banyak kebaikan dia, tapi aku baru nak pergi temuduga so watlek watpis, aku tengah study. Serious weh aku study, time kerja pun aku study, macam biasa lah aku kena baca apa yang latest pasal  pendidikan sekarang, baca pasal pt3, ppsmi, mbmmbi, wawasan 2020, pasal Sejarah sebab aku dapat untuk bidang Sejarah dan aku baca lain-lain yang berkaitan. Aku harap aku dapat muntahkan balik apa yang aku study semoga temuduga aku berjalan lancar.


Kau tahu tempat iv aku kat mana? jauh kau tahu, dapat dekat Kampus Raja Melewar a.k.a kat Nogowi, ngehngeh kejolobak kejelebu lah kita. Syukur aku tak dapat kat kedah ke kelantan, kalau tak naya ayah aku nak mintak cuti. Aku dah survey dah jalan nak kesana, so that nanti tak lah aku sesat pergi tempat baru kan ? thanks to Abang Faizal, Razzman sebab bagitahu  tempat tu dengan lebih terperinci. Semoga Allah memberkati kalian. :* Haih, kejap gila nak habis bulan empat, masa berlalu pantas, lepas ni nak kena ready itu ini. Semua lah, aku harap sangat aku dapat buat bebetul eventhough i still waiting for UPU reply, but still i am very grateful to be given a chance for this iv. Okay, tangan dah penat, peluh otak perah idea dah kering so byebye, see you guys in my next entry. Eii korang rajinnya baca blog aku kan ? (ACAH padahal tak ada pun) :)



Monday, 20 April 2015

Jengka.

Cik Katak Puru. (lol)






Assalamualaikum, disebabkan harini rajin jadi kita post lah satu entry, gambar katak sengal di atas ialah hasil dari carian di Tumblr " funny gif " lol, biasa lah kadang tertengok tumblr punya post boleh tergelak jatuh kerusi. Serious aku pernah kau tahu, Alhamdulillah harini balik awal dari part time work, sebab memang takda student sangat pun berapa kerat je jadi lepas je balik, aku dah berkira-kira nak kemas bilik and layan malay horror movie yang Cik Aliya kita duk suggest kat twitter, before that aku tengok dulu trailer dia, takut tak sesuai dengan selera, jadi bila puas aku suka lah.


Okay cerita horror tersebut bertajuk Jengka, Dengar Jengka ingat Felda kannn ? kannn ? cerita ni diselit jugak dengan rakaman video asal satu keluarga ni yang ditimpa tragedi dahsyat dalam satu malam sahaja, sumpah aku cakap cerita ni seram, selalunya memang aku tak layan kalau movie yang ada unsur "rakaman semula ni" sebab basically dia macam over doing punya scene, dan tak real but this movie, pls, you guys need to give it a try. Aku suka sebab dari start lagi aku dah paham cerita dia, jalan cerita yang ringkas tapi padat cukup buat kau tak menyampah walaupun memang bergelap je memanjang cerita ni. Nak, nak ni based on true story jadi aku pun tangkap layan lah. Suka benda mistik ni, hahaha, untuk movie ni aku bagi 7/10, aku masih mengidam ending bagi keseluruhan kesimpulan sebab aku nak tahu "ustaz tu cakap penuggu baik yang bagi bayi tersebut kat dorang, lepas tu dia suruh bawak bayi tu jejauh untuk elakkan dari penunggu jahat datang ambil semula" palotaknya creepy kau tahu. Ending bagi si Basir ni cukup excellent dah macam cerita dalam novel Buku Fixi, akhirnya si keparat Basir tu mati dengan tragis sekali, mula-mula aku ingat si Nini ni mati, rupanya hidup lagi. Hah, so korang tengok lah, tak rugi pun. :) Okay bye, see you soon in the next entry. 








Saturday, 18 April 2015

Sampah betul !


gambar ni mendahului salam nampak, Assalamualaikum. 

Kau akan rasa macam nak baling, bakar, mungkin cabutkan modem kau tatkala kau kerajinan meng-update blog kau dan harapan kau punah lepas line dia menghentikan encik google dari terus generate, jadi tak semena berhujan makian, gi lantak. sebab kau sorang je dengar. aku tengah elok nak post something, nak betulkan setting balik apa yang patut dan tak pasal si line ni ngacau. pastu loading balik dia pergi masa yang first time aku buka. memang mampus aku tak nak buat dah. geram gila lah, -..-

Conclusion bagi yang duduk kj macam aku, yang mana rajin update tu, update lah masa line kau kencang kalau tak hampa, sakit bak sembilu (acah)..... jumpa iols kat entry seterusnya. kbyebye, 

dia pun faham aku, haha. lol




Thursday, 16 April 2015

Legally 18

Hello, Assalamualaikum.

Malas nak gambar lain. #ig


Bless me for this 18 birthday for the year of 2K15, 


Cabaran lepas ni akan lebih power macam gandingan (Zoro dan Mihawk) character one piece favourite aku. Jadi aku kena asah otak mulai sekarang walaupun obviously aku tengah tunggu result UPU bagi kemasukan aku ke pusat IPTA, pengalaman kerja dekat politeknik shah alam sebagai sales girl  dalam kedai photocopy tu boleh di conclusion kan kepada banyak aspek, pertama kerenah manusia, akhir sekali jenis manusia. Pertama bila aku dah masuk IPTA di jauhkan dari segala sikap malas nauzubillah yang ada pernah aku jumpa kat sana, elakkan berlagak pandai sebaliknya ringan-ringan mulut lah bertanya. Jangan buat kerja last minute, sebab kerja last minute memang hare teruk and kau boleh stress, Lastly tolong lah farah jadi manusia yang tepati masa dan sentiasa berterima kasih kepada orang, Sebab hanya dengan terima kasih ia amat memberi bermakna kepada orang yang menolong, sebagai orang timur bukan ke kita memang berbudi bahasa ? Aku sendiri faham apa yang aku pernah lalui dengan hanya seseorang berterima kasih kepada aku. Bunyi mudah tapi kau nak sebut payah ? " be simple , be yorself and rock yourself " Doa aku agar impian kedua ibu bapa aku untuk lihat anak dia berjaya sekali lagi tercapai. Jadi dalam setiap tindakan samada aku rasa nak berputus asa or mengalah sebab stress and so on di tarik balik, tatkala terkenang kan misi dan visi iaitu untuk menajadi anak yang mampu menghadiahkan sesuatu kemewahan (segulung mungkin lebih dari gulungan ijazah) kepada orang tua nya. For always i will remember what Ayah had told me to be a good daughter and make her parents proud. Kepada yang baca blog ni tahniah sebab kau memang RARE, ringankan lah mulut doakan saya berjaya. Farewell di entry akan datang. Assalamualaikum,  tak jawab dosa. :)






Most "impossible" goals can be met simply by breaking them down into bite size chunks, writing them down, believing them, and then going full speed ahead as if they were routine.
Don Lancaster



Monday, 6 April 2015

Terima kasih Allah

Assalaamualikum,

Hai Hai, entah sapa jelah baca bog selebet aku ni dengan owner blog ni macam biskut kejap ada kejap takda. hahaha, tajuk blog malam ni "Terima Kasih Allah" selama kita hidup pernah tak sekali sujud dan selesai solat kita ucap terima kasih kepada Allah atas segala yang telah dia beri kat kita ? kalau tak pernah lepas ni boleh buat ye, sebab tu satu-satunya tanda kita syukur gila atas apa yang dia beri pada kita. terima kasih sebab kehidupan kita, atas nikmat kita berkeluarga, kawan-kawan disekeliling nikmat rezeki dari segi mental fizikal makan pakai, sebenarnya  macam-macam tuhan bagi kita nikmat cuma kita hanya naampak yang besar-besar je, sokaylah aku pun kadang macam tu jugak. Aku pun bukannya saint betul je memanjang.


1st: Terima kasih untuk kehidupan yang kau kurniakan pada aku cukup hirup udara bersih yang ada di atas muka bumi, nikmat tubuh badan dan akal fikiran yang cergas dan nikmat aku boleh sujud kepada mu tanpa kepayahan. Alhamdulillah untuk itu. Nikmat kau kurniakan aku kekuatan menempuh dugaan untuk mencapai impian aku cemerlang SPM, semoga kau permudahkan urusan untuk ke peringkat seterusnya.

2nd: Terima kasih untuk nikmat bekeluarga masih punya ibu, ayah dan adik kakak, ayah yang kelakar tahap gaban, ibu yang pandai masak, kakak yang nampak bengong tapi pandai, adik yang degil tahap petala dan comel. terima kasih untuk itu.


To be continue.........................

Thursday, 5 February 2015

Tolong lah membantu sikit, heh

Hey there, what's up !!!!
Assalamualaikum. :)

Okaylah sebenarnya lama nak cakap, tapi tak cakap cakap jugak. Semalam baru dapat headphone okaylah fine. Alhamdulillah dapat jugak beli or accomplishkan wishlist aku for january, but then, dah ada aku macam bengang pulak dengan site anime yang aku selalu guna. peh advertisement dia melampau, plus banyak kena bukak new tab for some stupid info and lembab and banyak soal itu pun belum loading tau anime aku. Sengal betul, so semalam layan dekat youtube. Peh nasib lah boleh, okay lagi. tapi sampai bila oiiii. So sapa yang kononnya terbukak pls i need to know the best site to watch my  anime. muahahahahhahaahaha. Luffy-san wait for me !

http://www.gogoanime.com/





Tuesday, 3 February 2015

Every cloud has a silver lining.

Hey there, Assalamualaikum.

"Every cloud has a silver lining" indeed i trust that everything that happen around me has a reason behind it, but as a human being i do feel upset when things that i wish to happen to me seems not to fall right on its place like i have been dreaming before. I kinda feel like it is not fair sometimes, but i keep my faith and i trust that Allah have a better planning for me in my life. Thus he never burden his caliph if they cannot bear the burden right ?

Lately i have been receiving a call from a collage under UM, but just now i saw a post which is my friend post they also received a phone call and they, they also got a letter from the university.... geez, so upset because i did not get one. But i think those things are not important as all ppl received the same thing after finish their spm examination, hahaha. i was too emotional. lol, omgf.

I hope that i can enter to a university that i choose based on what i have sent in the upu form, too much hope for that. i don't want to be a burden to my family. Oh my god, help me. Amin, wish me luck. Lots of love.---- farah aimi


Semoga nur farah aimi binti mohd nazri mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Aminnnnn.  :)